Sunday, 22 April 2012

[VIDEO] Tutorial bagaimana mendapatkan password wifi WPA/WPA2 menggunkan Reaver

Video tutorial bagaimana memecahkan password/katalaluan wifi dengan enkripsi WPA/WPA2.
Tutorial lengkap langkah demi langkah akan menyusul.

Thursday, 7 April 2011

Tutorial untuk mendapatkan WiFi password WEP

Pada tutorial terdahulu anda telah berjaya memasang Virtualbox dan boot Beini 1.2.2 pada komputer anda.

Di dalam tutorial ini akan menujukkan anda bagaimana  anda boleh  mendapatkan WiFi password yang menggunakan enkripsi WEP. Sila ikut tip-tip dan langkah-langkah berikut.

1. Pada gambar di bawah sila pilih dan kilk pada icon botol susu dan klik "YES", kemudian pilih wireless card anda, pastikan wireless card tersebut ialah Ralink 802.11n WLAN seperti yang tertera di bawah sebelah kanan tab Virtualbox anda. Sila rujuk pada gambar.


Kemudian kilk "Next".

2. Pada screen ini pula anda cuma perlu klik "Scan" dan semua Access Point (AP) yang berjaya dikesan akan muncul pada tab di sebelah bawah. Tunggu sehingga proses scan selesai dan semua AP yang mempunyai enkripsi WEP akan muncul di tab sebelah atas. (Tukar "Scanning time" jika perlu)



Jika terdapat banyak AP yang berjaya dikesan pilih 1 yang difikirkan sesuai untuk tujuan mendapatkan password dan klik butang "Next".

3. Pada screen ini pula klik pada "Advance mode" . Lihat gambar di bawah.


dan klik pada butang "Capture" dan sebuah dialog akan muncul. lihat gambar.



4. Apabila anda klik butang "Capture" dialog "Airodump-ng" muncul. Dialog "Airodump-ng" bertujuan untuk mengumpulkan data bagi tujuan memecahkan password WEP sesebuah AP. Apabila data yang telah dikumpul mencukupi, tekan butang "Start Crack" dan tekan "RUN".

5. Proses memecahkan password bermula, dialog "Aircrack-ng" akan memproses data yang dikumpul bagi mendapatkan password WEP AP tersebut. Jika gagal "Aircrack-ng" akan memaparkan mesej "Failed. Next try with X0000 IVs".

Manakala jika berjaya memecahkan password WEP AP, gambar seperti di bawah akan dipaparkan.


Perhatikan nilai "Data" dan "Elapsed" pada gambar di atas, dalam kes ini hanya mengambil masa 25 minit sahaja untuk mendapatkan password WEP. Ini kerana "Client" yang bersambung dengan AP begitu aktif menghantar dan menerima data. Jadi nilai "Data" bergrak dengan bergitu pantas. Dalam masa 25 minit sahaja telah mengumpulkan sebanyak 74732 data.

"Aircrack-ng" akan memaparkan password WEP AP dalam bentuk Hexadecimal dan juga ASCII. Sila salin dan simpan untuk kegunaan masa akan datang.

Jika anda menggunakan password dalam bentuk Hexadecimal sila tinggalkan titik dua bertindih (:) hanya masukkan angka dan huruf sahaja apabila ingin bersambung ke AP tersebut di dalam komputer windows anda.

Antara contoh gambar password WEP yang berjaya dipecahkan.



Wednesday, 6 April 2011

Tutorial Pemasangan Virtualbox dan Beini 1.2.2 - Part 2/2

Pada tutorial terdahulu anda telah berjaya membuat "Virtual Hard Disk". Tutorial kali ini pula akan menunjukkan bagaimana anda boleh boot Beini 1.2.2 di dalam persekitaran virtual/maya. Sila ikut langkah-langkah di bawah.

Klik 2 kali pada ikon Virtualbox untuk memulakan operasi.


Apabila anda telah berjaya membuat "Virtual Hard Disk" setiap kali anda memulakan program Virtualbox anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah.


Klik "Setting" dan menu "Setting" akan dipaparkan.


1. Klik pada "Storage" dan pastikan anda mempunyai gambaran seperti di atas. "IDE Controller" dan di bawahnya ada 2 item, iaitu "beini 1.2.2.vdi" "Virtual Hard Disk" yang di buat pada tutorial pertama dan "Empty" iaitu simbol bagi Virtual CD. Jika tidak terdapat icon CD "Empty" sila klik "Menu CD" seperti gambar di atas.


Kemudian anda akan dipaparkan dengan dialog seperti di atas. Terus klik pada "Choose disk" dan satu lagi kotak akan dipaparkan.


Jika and dapati di bawah "IDE Controller" ada icon CD "Empty" sila ikut langkah seperti gambar dibawah.


Sama sahaja langkahnya tapi menu yang berlainan perlu di klik.

Apa yang anda perlu buat di sini ialah, sila cari fail Beini 1.2.2.zip yang anda telah muat turun terdahulu. Fail yang anda muat turun itu dalam format zip jadi anda perlu "extract" terlebih dahulu fail tersebut sehingga anda mendapat fail Beini 1.2.2.iso menggunakan software winzip atau winrar atau sebarang software yang anda biasa gunakan.


Pilih fail Beini 1.2.2.iso tersebut dan 2 kali klik atau klik "Open".

Anda akan mendapati paparan Vrtualbox anda seperti gambar di bawah.


Di sini anda boleh klik "Ok" dan cuba mulakan boot Beini dengan klik pada butang "Start". Lihat sama ada anda berjaya boot atau tidak. Jika tidak berjaya sila semak semula langkah yang terdahulu dan pastikan anda tidak tertinggal sebarang langkah penting.

Anda juga boleh meneruskan langkah 2 di bawah.

2. Klik pada menu "Network" dan pergi ke tab "Adapter 2" dan ikut langkah seperti di dalam gambar di bawah dan klik "Ok" apabila selesai.


3. Seterusnya pergi pula ke USB, dan ikut seperti gambar di bawah apabila selesai klik "Ok".


Tahniah, anda telah selesai menetapkan Virtualbox anda untuk boot Beini 1.2.2.

Sekali lagi pilih Beini 1.2.2 dan klik butang "Start". Pada langkah ini sila pastikan HIGH POWER Dual Antenna USB Adapter anda dapat di kesan oleh Virtualbox.


Jika anda tidak berjaya, sila ulang sekali lagi langkah-langkah di atas.

Tutorial berikutnya akan menunjukan bagaimana untuk mendapatkan WiFi password untuk WEP.

Tutorial Pemasangan Virtualbox dan Beini 1.2.2 - Part 1/2

Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk memasang Virtualbox dan setup beini 1.2.2 pada komputer anda.

Langkah pertama sebelum memulakan proses pemasangan, pastikan anda telah memuat turun terlebih dahulu versi terkini Virtualbox dan juga Beini 1.2.2. Anda boleh juga download Virtualbox dan Beini 1.2.2 di sini.

Setelah selesai memuat turun program tersebut sila ikut langkah-langkah berikut :

1. Mulakan proses pemasangna Virtualbox dengan 2 kali klik pada icon Virtualbox yang telah siap dimuaturun.

Sila ikut langkah-langkah pemasangan dengan mengikut arahan yang diberikan dengan klik pada butang "Next" dan seterusnya sehingga selesai.

2. Setelah proses pemasangan Virtualbox selsesai, sekarang anda perlu membuat "Virtual Harddisk" untuk Beini 1.2.2.

     2.1. Mulakan proses membuat "Virtual Harddisk" dengan melancarkan program VirtualBox dengan 2 kali klik pada icon Virtualbox.


     2.2 Sekarang kilk pada menu New dan 1 kotak dialog baru akan muncul, ikut arahan yang diberikan untuk membuat "Virtual Hardisk".


     2.3 Isikan maklumat yang berkenaan seperti di dalam gambar di bawah :


     2.4 Kemudian kilk "Next", menu seterusnya ini membolehkan anda menetapkan jumlah amaun memori (RAM) yang boleh digunakan oleh "Virtual Machine" anda, sila ikut seperti yang dicadangkan dan klik "Next".


     2.5 Menu seterusnya sila ikut seberti gambar di bawah.


     2.6 Tick pada "Create new hard disk" dan klik Next. Kotak dialog baru akan muncul seperti gambar di bawah.


     2.7 Klik "Next". Tanda pada "Fixed-size storage" dan klik "Next".


     2.8 Tetapkan saiz "Virtual Hard Disk" yang anda ingin kan, saiz sekurangnya hendaklah 1GB dan ke atas.
Klik "Next"


     2.9 Summary atau ringkasan akan dipaparkan dan klik "Finish".


     2.10 Virtualbox sedang membuat "Virtual Hard Disk" and untuk Beini.


     2.11 Setelah selesai sekali lagi klik "Finish".


Kini anda telah selesai membuat "Virtual Hard Disk" untuk Beini. Tutorial berikutnya akan menunjukan anda bagaimana untuk menetapkan supaya anda boleh boot Beini di dalam persekitaran Virtual.